
Kempen Beras Merdeka-68
Ayuh, Kita Sama-sama Membawa Senyuman!
Merdeka kah kita kalau ahli keluarga kita tak cukup makan?
Merdeka kah kita kalau saudara kita kelaparan?
Merdeka kah kita kalau jiran-jiran kita kesusahan?
Sempena bulan kemerdekaan yang ke-68 ini, jom kita sama-sama fikir dan tanya diri kita, apa makna kemerdekaan kalau masih ada yang kelaparan?
ECJ CARES dengan bangganya mempersembahkan Kempen Beras Merdeka 68 – satu usaha ikhlas untuk bantu mereka yang betul-betul memerlukan.
Apa Yang Kami Nak Capai
Dalam kempen ni, sebanyak 6800 kampit beras 5KG akan kita sumbangkan kepada golongan yang memerlukan di seluruh negara.
Misi kita adalah nak pastikan setiap rumah yang memerlukan dapat sedikit kegembiraan dan senyuman di hari kemerdekaan ini.
Macam Mana Anda Boleh Bantu?
Jom, bersama-sama kami jayakan kempen ni! Setiap sumbangan anda, sekecil mana pun, boleh bawa perubahan besar kepada mereka yang memerlukan.
1 lot = RM 10 sahaja.
Mari Kita Bawa Senyuman!
Dengan kerjasama dan keprihatinan anda, kita boleh hidupkan semangat kemerdekaan yang sebenar – kebebasan dari kelaparan dan kesusahan.
Merdeka 68: Merdeka dengan Erti Sebenar
Bersama-sama kita hulurkan bantuan dan jadikan kemerdekaan ini bermakna untuk semua. Terima kasih atas sokongan anda!
Nota: Sekiranya anda ingin mendapatkan pengecualian cukai pendapatan, sila isikan Nama Penuh/Syarikat, No. Kad Pengenalan/SSM & Alamat Penuh di ruangan yang disediakan
#KempenBerasMerdeka68 #ECJCARES #MerdekaBersama #KitaJagaKita