
Program Hygiene Improvement and Special Education (HISE Project) merupakan inisiatif kebajikan yang dianjurkan oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan kerjasama ECJCARES.
Program ini bertujuan memberikan pendedahan pendidikan dan kebersihan untuk anak-anak orang asli di sekitar Gombak. Program ini dijadualkan berlangsung pada 23 hingga 25 May 2025.

Sebagai rakan kerjasama, ECJCARES memainkan peranan penting dalam menyokong usaha ini, termasuk membantu mendapatkan dana yang mencukupi untuk menjayakan program. Setiap sumbangan anda bukan sahaja membawa kegembiraan kepada kanak-kanak, tetapi juga memberikan harapan baharu untuk masa depan mereka.
Nota: Sekiranya anda ingin mendapatkan pengecualian cukai pendapatan, sila isikan Nama Penuh/Syarikat, No. Kad Pengenalan/SSM & Alamat Penuh di ruangan yang disediakan